Berdaftar dengan:

"Anak Soleh Solehah"

Taska Ummu Yasir adalah sebuah Taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mula beroperasi sejak tahun 2012 di Desa Pinggiran Putra.

Fokus kami adalah menyediakan pendidikan berkualiti menerusi modul Islamik menggunakan kurikulum di bawah modul berkualiti Khalifah Iman Educare yang melengkapi silibus PERMATA di bawah Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 2008.

Taska Ummu Yasir kini mempunyai 2 cawangan lain di Jenderam Hilir dan Serene Heights.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pendidikan awal kanak-kanak sangat penting kerana ia adalah fasa kritikal dalam perkembangan kognitif, emosi, sosial, dan fizikal kanak-kanak. Pada peringkat ini, otak kanak-kanak berkembang dengan pesat, dan mereka belajar dengan menyerap maklumat daripada persekitaran sekeliling. Pendidikan awal membantu membentuk asas yang kukuh untuk pembelajaran sepanjang hayat, dan ia juga mempengaruhi bagaimana kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain, menangani emosi, serta memahami dunia di sekeliling mereka.

Selain itu, anak-anak dibawah umur 4 tahun lebih terdedah kepada bahaya kerana perkembangan fizikal dan kognitif mereka belum matang. Mereka cenderung bertindak impulsif, mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi, tetapi kurang pemahaman tentang risiko. Pengawasan yang ketat diperlukan kerana mereka belum memahami atau mengenali bahaya di sekeliling mereka.

Oleh yang demikian, Taska Ummu Yasir menitikberatkan kelayakan dan latihan komprehensif diberikan kepada guru-guru kami. Guru-guru yang terlatih memastikan persekitaran selamat dan menyokong perkembangan holistik anak-anak.

Mengapa memilih Taska Ummu Yasir?

Pengurusan yang berpengalaman lebih 12 tahun dalam penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Premis diawasi CCTV bagi memantau keselamatan anak-anak.
Persekitaran premis yang selamat, kondusif dan memupuk untuk fasa tumbesaran anak-anak.
Silibus dan aktiviti yang Islamik dan menepati standard kebangsaan.

Mengenai kami

Bermula tahun 2012 di Desa Pinggiran Putra, Taska Ummu Yasir komited untuk memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak dalam persekitaran yang Islamik dan penuh kasih sayang.

Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 2008

"Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada".

BKLA: PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI & LITERASI AWAL

SSEK: SAHSIAH, SOSIOEMOSI, KEROHANIAN & NILAI

E&K: ESTETIKA & KREATIVITI

DPDP: PERKEMBANGAN DERIA & PEMAHAMAN

Aktiviti Perkembangan Awal Kanak-Kanak
(Mengikut silibus PERMATA)

Cawangan Taska Ummu Yasir

8, Jalan Pinggiran Putra 4/4,
Desa Pingggiran Putra,
43000 Kajang, Selangor

Cawangan Desa Pinggiran Putra

Cawangan Serene Heights

22, Jalan Serene 3/1,
Serene Heights,
43500 Semenyih Selangor

Cawangan Jenderam Hilir I

14, Jalan WP8,
Taman Warisan Putra
43800 Dengkil Selangor

Cawangan Jenderam Hilir II

28, Jalan WP3,
Taman Warisan Putra
43800 Dengkil Selangor

Klik link dibawah untuk pendaftaran 2025