"Tujuan penubuhan Khalifah Iman Educare adalah bagi melahirkan insan yang berilmu, beriman dan berwawasan sebagai entiti penting dalam pembentukan Ummah Fadhilah.

Pendidikan awal kanak-kanak perlu diselarikan dengan keperluan emosi, fizikal dan yang paling penting ialah agama. Asas-asas agama perlu diterapkan dalam jiwa dan minda anak-anak bermula dari aqidah, mengetahui kewujudan Allah yang Esa, memahami nama-nama Allah sehinggalah membentuk akhlaq dan keimanan."

Ustazah Husna binti Muhamad Zamani
Pengarah Urusan
Khalifah Iman Educare Sdn. Bhd.

Taska Ummu Yasir menyediakan perkhidmatan penjagaan untuk bayi dan kanak-kanak berumur
3 bulan hingga 4 tahun. Taska Ummu Yasir berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, memastikan ia mematuhi standard yang ditetapkan untuk keselamatan dan kesejahteraan anak-anak yang dijaga.

Tadika Khalifah Iman menyediakan perkhidmatan pendidikan awal untuk kanak-kanak berumur
4 hingga 6 tahun. Pembelajaran di sini mengikut standard KSPK, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tadika Khalifah Iman turut menyediakan perkhidmatan 'Daycare' untuk kemudahan ibu bapa.

Sekolah Rendah Integrasi Islam Al Abbas menyediakan pendidikan bersepadu untuk murid berumur 7 hingga 12 tahun. Pembelajaran menggabungkan silibus akademik KPM (KSSR Semakan), silibus KAFA (UPKK & PSRA) serta Kurikulum Tambahan Khalifah Bestari (KKB) dengan penekanan kepada akhlak, adab dan pembinaan sahsiah bagi melahirkan anak soleh yang cemerlang dan berkeyakinan.

Sekolah Rendah Islam Khalifah Iman menyediakan pendidikan untuk pelajar berumur 7 hingga 12 tahun. Program KAFA di sini mengikut sukatan yang ditetapkan oleh JAIS dan JAKIM dan melengkapi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan. Sekolah ini juga menyediakan khidmat transit untuk murid darjah
1 hingga 6.

Khalifah Iman Educare Sdn. Bhd.

Sistem pendidikan Khalifah Iman Educare merangkumi 4 institusi pendidikan berkualiti untuk anak-anak merangkumi Taska Ummu Yasir, Tadika Khalifah Iman, Sekolah Rendah Islam Khalifah Iman & Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Abbas

Hubungi kami

© 2024. All rights reserved.