SEKOLAH RENDAH ISLAM KHALIFAH IMAN
Bertaqwa.Berprestasi.Berwawasan


Berdaftar dengan:


Pengenalan
Sekolah Rendah Islam Khalifah Iman (SRIKI) telah ditubuhkan pada tahun 2020 di Taman Warisan Putra, Kg. Jenderam Hilir. SRIKI adalah peringkat ketiga di bawah sistem pendidikan Khalifah Iman Educare dan merupakan sebuah sekolah persendirian yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
SRIKI menawarkan pendidikan Asas Fardhu Ain menerusi Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) iaitu kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain bermula tahun 1 hingga tahun 6 dengan menggunapakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).
SRIKI turut menggunapakai silibus Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) di bawah JAIS bagi permohonan kemasukan tingkatan 1 ke sekolah menengah agama dibawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor.
Bermula tahun 2024, SRIKI telah membuka sebuah lagi cawangan baru bertempat di Bandar Serenia, Sepang.








Mengapa Memilih SRI KHALIFAH IMAN?
Program KAFA dengan kaedah terkini dan bersistem berpandukan sukatan pelajaran JAIS & JAKIM.
Pendidikan holistik yang menumpukan kepada kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah & kemahiran.
Pengurusan yang berpengalaman melahirkan pelajar cemerlang PSRA dan UPKK.
Transit & Makan tengahari disediakan.
Kenderaan transit dari Sekolah Kebangsaan.
Kelas Al-Quran dan Hafazan.
Pengawasan CCTV yang memantau keselamatan anak-anak.






VISI
MISI
MELAHIRKAN KHALIFAH MUDA BERLANDASKAN AL-QURAN DAN AS SUNNAH
Kami warga SRI Khalifah Iman berazam untuk :
Memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dan seterusnya mencapai matlamat Wawasan Negara
Mewujudkan pusat perkembangan ilmu untuk generasi muda
Melahirkan generasi yang berkebolehan, berilmu serta seimbang dari segi mental, rohani dan jasmani.




Perkhidmatan Transit & Pengangkutan
Di SRI Khalifah Iman, kami memahami cabaran harian ibu bapa yang bekerja, khususnya dalam menguruskan anak-anak pada waktu tengah hari – sama ada mereka bersekolah sesi pagi atau petang. Atas keprihatinan ini, kami menyediakan perkhidmatan transit dan pengangkutan bagi membantu memudahkan urusan seharian ibu bapa.
Perkhidmatan ini merangkumi pengangkutan anak-anak dari atau ke SRI Khalifah Iman dan Sekolah Kebangsaan terpilih di kawasan sekitar. Bagi murid sesi petang, mereka akan dihantar ke sekolah selepas transit di SRI Khalifah Iman, manakala bagi murid sesi pagi, mereka akan dijemput dan ditempatkan di pusat transit kami selepas tamat sesi persekolahan.
Di pusat transit, anak-anak akan menikmati makan tengah hari yang seimbang, diuruskan untuk mandi dan diberikan masa rehat yang mencukupi sebelum mereka memulakan sesi pembelajaran sebelah petang. Semua ini dilaksanakan dalam suasana yang selesa, selamat dan terkawal, agar ibu bapa dapat menjalani rutin harian dengan tenang dan yakin anak-anak mereka dijaga dengan baik.




Membentuk Sahsiah Pelajar

"Bertaqwa.Berprestasi.Berwawasan"
Sejajar dengan moto SRI Khalifah Iman, kami amat mementingkan pembangunan sahsiah dan prestasi para pelajar agar mereka mendapat pendidikan yang terbaik dan dapat menyerlahkan potensi sebenar diri mereka.
Khalifah Iman Educare Sdn. Bhd.
Sistem pendidikan Khalifah Iman Educare menyediakan 3 tahap pendidikan berkualiti untuk anak-anak merangkumi Taska Ummu Yasir, Tadika Khalifah Iman dan Sekolah Rendah Islam Khalifah Iman.
Hubungi kami
© 2024. All rights reserved.