


Berilmu . Beriman . Berwawasan

Latar Belakang
SRII Al-Abbas merupakan sebahagian daripada rangkaian Khalifah Iman Educare (KIE), yang telah bertapak dalam industri pendidikan awal kanak-kanak sejak tahun 2012.
Dengan pengalaman lebih sedekad, KIE kini menguruskan 12 rangkaian institusi merangkumi Taska, Tadika dan Sekolah Rendah Islam.
SRI AL-Abbas merupakan Sekolah Integrasi bersepadu yang menggabungkan Kurikulum Akademik (KPM-KSSR) dan Kurikulum Diniyyah KAFA (JAKIM & JAIS) serta Kurikulum Tambahan Khalifah Bestari (KKB).
Menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran dan pembelajaran kecuali bagi subjek Matematik dan Sains yang dijalankan dalam bentuk Dual Language programme (DLP).



Melaksanakan pendidikan integrasi melalui Kurikulum Khalifah Bestari yang menggabungkan akademik dan nilai Islam.
Membentuk pelajar yang berakhlak mulia, berdisiplin dan cinta kepada Al-Quran.
Melahirkan generasi yang seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Melahirkan generasi berilmu, beriman, berakhlak mulia dan berwawasan melalui pendidikan integrasi berteraskan Al-Quran dan Sunnah.
Visi
Misi








KOKURIKULUM PEMBELAJARAN:









SAHSIAH
Membudayakan hafazan Al-Quran melalui teknik pengulangan berfokus, murajaah yang konsisten dan rekod perkembangan hafazan agar hafalan lebih mantap, berkekalan serta menjadi amalan sepanjang hayat.
HAFAZAN BESTARI
Membentuk sahsiah murid melalui pembiasaan, teladan dan amalan harian bagi melahirkan insan yang berakhlak, menghormati Allah SWT, ibu bapa, guru, ilmu dan masyarakat.
KEPIMPINAN & KOMUNIKASI
Membina keyakinan murid untuk berkomunikasi dan memimpin melalui pembiasaan, latihan praktikal serta pengalaman sebenar agar berani berucap, menyampaikan idea dan memimpin dengan berhemah.


WAKTU PERSEKOLAHAN
Kawalan Pelajar (percuma)
4.00 petang - 5.30 petang
Isnin - Jumaat
7.30 pagi - 4.00 petang











Khalifah Iman Educare Sdn. Bhd.
Sistem pendidikan Khalifah Iman Educare merangkumi 4 institusi pendidikan berkualiti untuk anak-anak merangkumi Taska Ummu Yasir, Tadika Khalifah Iman, Sekolah Rendah Islam Khalifah Iman & Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Abbas
Hubungi kami
© 2024. All rights reserved.