"Tujuan penubuhan Khalifah Iman Educare adalah bagi melahirkan insan yang berilmu, beriman dan berwawasan sebagai entiti penting dalam pembentukan Ummah Fadhilah.

Pendidikan awal kanak-kanak perlu diselarikan dengan keperluan emosi, fizikal dan yang paling penting ialah agama. Asas-asas agama perlu diterapkan dalam jiwa dan minda anak-anak bermula dari aqidah, mengetahui kewujudan Allah yang Esa, memahami nama-nama Allah sehinggalah membentuk akhlaq dan keimanan."

Ustazah Husna binti Muhamad Zamani
Pengarah Urusan
Khalifah Iman Educare Sdn. Bhd.

Taska Ummu Yasir menyediakan perkhidmatan penjagaan untuk bayi dan kanak-kanak berumur
3 bulan hingga 4 tahun. Taska Ummu Yasir berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, memastikan ia mematuhi standard yang ditetapkan untuk keselamatan dan kesejahteraan anak-anak yang dijaga.

Tadika Khalifah Iman menyediakan perkhidmatan pendidikan awal untuk kanak-kanak berumur
4 hingga 6 tahun. Pembelajaran di sini mengikut standard KSPK, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tadika Khalifah Iman turut menyediakan perkhidmatan 'Daycare' untuk kemudahan ibu bapa.

Sekolah Rendah Islam Khalifah Iman menyediakan pendidikan untuk pelajar berumur 7 hingga 12 tahun. Program KAFA di sini mengikut sukatan yang ditetapkan oleh JAIS dan JAKIM dan melengkapi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan. Sekolah ini juga menyediakan khidmat transit untuk murid darjah
1 hingga 6.